Slot tabik 10 pemain Liverpool berjuang hebat

Shaiful Shamsudin
December 14, 2024 06:18 MYT
LIVERPOOL 2 FULHAM 2
Pengurus Liverpool, Arne Slot, mengakui keciciran dua mata berikutan tuan rumah terikat 2-2 dengan Fulham tetapi berbangga dengan usaha anak buahnya tengah malam tadi.
The Reds ketinggalan menrusi jaringan awal Andreas Pereira dan menerima tamparan hebat apabila Andy Robertson dibuang padang selepas hanya 17 minit permainan.
Setelah menyamakan kedudukan hasil penyudah Cody Gakpo pada awal separuh masa kedua, tuan rumah kemudian perlu bangkit sekali lagi.
Rodrigo Muniz menjaringkan gol selepas 76 minit permainan disusuli jaringan penyamaan Diogo Jota ketika aksi berbaki empat minit.
Pasukan bimbingan Slot itu berusaha keras untuk mendapatkan kemenangan tetapi setelah memenangi 11 daripada 13 perlawanan liga musim ini, mereka terpaksa akur seri dalam dua perlawanan terakhir.
Pengurus Liverpool itu memberitahu Sky Sports: "Saya tidak fikir saya boleh meminta lebih itu terutama selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Liverpool 2-2 Fulham FT Two points dropped or one point gained for Liverpool? They twice came from behind to draw this one against Fulham: pic.twitter.com/oRI3WqNWym

— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak boleh meminta lebih daripada segi prestasi. Sudah tentunya kami sepatutnya mengutip dua mata lagi.
"Kami berakhir dengan keputusan seri ini dan saya tidak fikir kami boleh menyalahkan pengadil. Saya hampir dilayangkan kad kuning.
"Ia mengenai detik-detik kecil perlawanan dan apabila timbul perkara yang tidak memihak anda, ia mula menghantui anda tetapi saya berasakan sebaliknya.
"Kami perlu menerima keputusan VAR (video bantuan pengadil). Saya fikir Robbo mungkin cedera ketika menghambat bola kerana biasanya dia lebih pantas daripada itu, namun ia mengakibatkan kad merah."
#Liverpool #EPL
;