Skuad wanita Liverpool menang dramatik tewaskan Chelsea

Saufi Tahir
May 2, 2024 11:23 MYT
Liverpool 4-3 Chelsea
Harapan Chelsea untuk merangkul Kejuaraan Liga Super Wanita kelima beturut-turut tergantung selepas kekelahan dramatik 4-3 kepada Liverpool dengan menyaksikan Gemma Bonner menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk The Reds.
Setibanya di Prenton Park dengan berbekalkan enam mata di belakang pendahulu Manchester City, Chelsea tidak mempunyai margin untuk melakukan kesilapan yang besar tetapi untuk menamatkan saingan tersebut dengan kemenangan.

Flicked home by @gembon23 ?#BarclaysWSL @LiverpoolFCW pic.twitter.com/KhnidQ9JPi

— Barclays Women's Super League (@BarclaysWSL) May 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Chelsea melepaskan kelebihan untuk menang dalam perlawanan yang penuh dramatik dalam separuh waktu kedua walaupun sudah mendahului dalam separuh masa pertama, sekaligus menangguhkan kemenangan mereka sebagai juara liga wanita musim ini.
#Chelsea #Liverpool