Situasi Saka, Martinelli buat Arteta dalam dilema

Aleqha Zainal
October 19, 2024 15:30 MYT
Arsenal yang berada di tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal berdepan Bournemouth, yang tewas 0-1 kepada Leicester City, dua minggu lalu.
Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, menjelaskan bahawa kelibat beberapa pemain yang mengalami kecederaan masih belum dapat ditentukan.
Bukayo Saka terpaksa meninggalkan padang dalam kekalahan England kepada Greece, manakala Gabriel Martinelli mengalami kecederaan ketika bertugas untuk Brazil.

Back to business ?? Sobha Realty Training Centre pic.twitter.com/KyEpT1neAn

— Arsenal (@Arsenal) October 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arteta menekankan bahawa kecederaan Saka tidak serius sambil mengharapkan kecergasannya untuk perlawanan di selatan England.
Bagi isu Martinelli pula, Arteta berkata dia masih belum pasti tentang masalah betisnya.
#Arsenal #EPL
;