Simeone mahu Suarez sumbat gol bertemu Chelsea
Ammar Hakim
February 23, 2021 14:31 MYT
February 23, 2021 14:31 MYT
Diego Simeone berharap Luis Suarez akan menggunakan 'anugerah' menjaringkan gol apabila Atletico Madrid berdepan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.
Suarez menikmati musim cemerlang bersama Atletico, meledak 16 gol dalam 24 perlawanan semua pertandingan sejak berhijrah dari Barcelona.
Bagaimanapun, dia tanpa jaringan atau assist dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini. DIa meledak dalam setiap tujuh musim bersaing dalam kejohanan itu.
Jurulatih Atletico, Simeone berkata pemain kelahiran Uruguay itu telah meningkatkan mutu pasukannya.
"Bagi semua pertandingan, bukan hanya UCL, kehadiran Luis menjana hierarki, menimbulkan keyakinan kepada pasukan kami dan dia merupakan seorang yang memiliki anugerah untuk meledak jaringan gol," katanya.
"Jadi, saya berharap kami akan bermain dengan baik sebagai satu pasukan. Chelsea juga merupakan pasukan yang berkualiti, mereka bermain dengan lebih baik bersama jurulatih baru."
Atleti x @ChampionsLeague ?? Ready? ⚡ ⭐ #UCL | ⚽ #AtletiChelsea ?⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/3fL2SqDAHF
— Atlético de Madrid (@atletienglish) February 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerana sekatan coronavirus, perlawanan pertama pusingan 16 UCL akan dimainkan di National Arena di Bucharest.
Simeone bimbang dengan Chelsea, yang tidak tewas dalam tujuh perlawanan sejak dikendalikan Thomas Tuchel Januari lalu.
"Kami menghormati semua pendapat dan kami mendengarkan semua orang, tetapi esok kami menghadapi pasukan yang hebat.
"Kami sudah lama bersama kelab ini dan mengetahui cara kerja kami -- satu perlawanan demi satu dan melakukan tugas kami."