Simeone: Jan Oblak tidak dapat ingat selepas alami gegaran kepala
Muzaffar Musa
October 16, 2022 12:06 MYT
October 16, 2022 12:06 MYT
ATHLETIC BILBAO 0 ATLETICO MADRID 1
Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak, tidak dapat ingat apa yang berlaku dan akan terus dipantau selepas mengalami gegaran kepala ketika pasukannya menewaskan Athletic Bilbao 1-0 dalam perlawanan LaLiga awal pagi tadi.
Oblak terpaksa dikeluarkan pada minit ke-69 perlawanan di San Mames itu gara-gara mengalami kecederaan bahu sebelum digantikan dengan Ivo Garbic.
Atletico kemudian mengesahkan bahawa penjaga gol kebangsaan Slovakia itu terpaksa dikeluarkan kerana mengalami sedikit gegaran kepala dan kecederaan serius di bahu kanannya.
Ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone, berkata: "Jan tidak dapat ingat apa yang berlaku. Saya masih belum bercakap dengannya tetapi doktor memaklumkan kepada saya bahawa dia tidak dapat ingat."
Kelab itu turut memaklumkan bahawa Oblak telah menjalani pemeriksaan neorologi selepas perlawanan itu dan tiada sebarang gejala membimbangkan tetapi dia perlu terus menjalani pemantauan di bawah seliaan pasukan kesihatan.
Oblak masih mencuba untuk terus beraksi selepas mengalami kecederaan bahu sebelum dikeluarkan pada minit ke-69.
Penjaga gol itu telah memulakan lapan perlawanan liga buat Atletico musim ini tetapi dia turut mengalami kecederaan otot paha pada awal bulan lalu.
Jan Oblak fue sustituido por encontrarse ligeramente conmocionado y sufrir también un traumatismo directo en el hombro derecho. El esloveno se mantendrá en observación por los servicios médicos del club. ℹ https://t.co/kH6FvEJJji
— Atlético de Madrid (@Atleti) October 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.