Serie A: Pioli sanjung profesionalisme barisan Milan

Shaiful Shamsudin
November 3, 2023 23:59 MYT
Pengurus AC Milan, Stefano Pioli, gembira dengan perpaduan dalam kalangan pemainnya tetapi berkata prestasi mereka masih perlu ditingkatkan apabila bersedia untuk melayani kunjungan Udinese, malam ini.
Milan mensia-siakan kelebihan dua gol di Napoli hujung minggu lalu dengan Olivier Giroud menjadikan 2-0 sebelum tuan rumah merakamkan dua gol dalam babak kedua untuk berkongsi mata.
Walaupun menduduki tangga ketiga Serie A, Milan kini kemarau kemenangan dalam dua perlawanan terakhir dan sehubungan itu, Pioli menggeasa barisannya agar meningkatkan prestasi.
Dia berkata di laman sesawang rasmi AC Milan: “Saya amat berpuas hati dengan perpaduan pasukan ini kerana saya berbangga dengan identiti kami.
“Saya boleh mengatakan bahawa saya tidak pernah mempunyai sebarang keraguan tentang kebersamaan dan perpaduan; pemain-pemain bersikap terbuka dan sentiasa profesional.

Expectations for tomorrow ⚽ Team unity ? About our opponent ? ?️ Coach Pioli ahead of #MilanUdinese#SempreMilan pic.twitter.com/v47DGDJERY

— AC Milan (@acmilan) November 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Walaupun dalam musim memenangi Scudetto, kami tidaklah seutuh seperti hari ini.
"Tetapi kami perlu meningkatkan prestasi kami dari sudut teknikal dan tumpuan."
#Milan #Serie #A'