Serie A: Pemain muda Fiorentina rebah mengejut di atas padang

Saufi Tahir
December 2, 2024 13:04 MYT
Pemain muda ACF Fiorentina, Edoardo Bove, rebah secara tiba-tiba di atas padang ketika pertembungan Serie A pasukannya berdepan Inter Milan hingga menyebabkan perlawanan itu terpaksa dihentikan serta-merta di Stadium Artemio Franchi, semalam.
Bove jatuh setelah bangun daripada mengikat tali kasutnya pada minit ke-16 sekali gus mencetuskan situasi cemas buat kedua-dua pasukan untuk meminta pertolongan kakitangan perubatan.

Fiorentina-Inter has been suspended. Prayers with Edoardo Bove. ??? pic.twitter.com/WHeIFoGlbG

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengikut kenyataan rasmi, pihak pengurusan menjelaskan bahawa pemain berusia 22 tahun itu berada dalam pemantauan rapi pihak hospital.
"Ketika ini dia berada dibawah ubat penenang farmakologi dan dalam rawatan rapi pihak hospital." katanya dalam kenyataan itu.

ACF e l'Azienda Ospedaliero Universitaria di Careggi comunicano che il calciatore Edoardo Bove, soccorso in campo a seguito della perdita di coscienza occorsa durante la gara #FiorentinaInter, si trova attualmente in sedazione farmacologica ricoverato in terapia intensiva. pic.twitter.com/EYCzhWWQm5

— ACF Fiorentina (@acffiorentina) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Fiorentina #Serie A #Edoardo Bove
;