Serie A: Napoli lanjutkan kontrak Lobotka hingga 2027

Muzaffar Musa
March 16, 2023 05:16 MYT
Stanislav Lobotka melanjutkan kontraknya bersama Napoli sehingga 2027 dengan kelab itu memiliki pilihan untuk melanjutkannya lagi setahun selepas itu.
Pemain kebangsaan Slovakia itu telah beraksi dalam kesemua perlawanan buat Napoli musim ini ketika pasukan itu kian selesa menduduki tangga teratas Serie A dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Beraksi sebagai pemain tengah bertahan, Lobotka menyertai kelab itu daripada Celta Vigo pada 2020 dan terus mencipta nama dan pengaruhnya bersama Napoli selepas pemergian Fabian Ruiz.
Selepas menjadi sebahagian daripada pemain utama pasukan bimbingan Luciano Spalletti itu, Lobotka memainkan peranan utamanya untuk mereka kini selesa mendahului 18 mata di tangga teratas Serie A dan kelihatan bakal menamatkan penantian Scudetto pertama sejak 1990.
Sebaik pengumuman mengenai lanjutan kontraknya, Lobotka meraikan penampilannya yang ke-100 bersama Napoli dengan membantu pasukan itu menewaskan Eintracht Frankfurt 3-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 UCL awal pagi tadi.
Selain itu, dia juga memiliki 43 penampilan peringkat antarabangsa bersama Slovakia.

? Prolungato il contratto di Stanislav Lobotka fino a Giugno 2027! ? https://t.co/vKfMQNKzwE pic.twitter.com/mqQQOXKa3v

— Official SSC Napoli (@sscnapoli) March 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Napoli #Serie A #Stanislav Lobotka