Serie A: Lazio kukuh kedudukan di tangga kedua atasi Juventus
Muzaffar Musa
April 9, 2023 09:43 MYT
April 9, 2023 09:43 MYT
LAZIO 2 JUVENTUS 1
Lazio mengekalkan rentak cemerlang apabila mengatasi Juventus 2-1 dalam perlawanan Serie A di Stadio Olimpico awal pagi tadi, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga berkenaan.
Dalam aksi hujung minggu yang memperlihatkan AC Milan, Inter Milan dan Atalanta kesemuanya keciciran mata, Lazio memanfaatkan situasi itu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Juve, yang kekal ketinggalan lapan mata di belakang kelompok empat teratas.
Adrien Rabiot memdamkan jaringan pembukaan Sergej Milikovic-Savic buat Lazio pada penghujung babak pertama dan jaringan itu turut menamatkan rekod tanpa bolos pasukan tuan rumah berkenaan selepas lapan perlawanan liga.
Bagaimanapun, Mattia Zaccagni kembali meletakkan Lazio di depan selepas lapan minit babak kedua bersambung untuk mereka kini berkelebihan lima mata di atas pasukan di tangga ketiga, AS Roma.
Mattia ? Zaccagni#LazioJuve pic.twitter.com/MIDcVwDV2B
— Lega Serie A (@SerieA_EN) April 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.