Serie A: Juventus dihukum akibat 'dera' Romelu Lukaku

Shaiful Shamsudin
April 7, 2023 01:55 MYT
Juventus diarah menutup sebahagian daripada tempat duduk penyokong selepas mereka dijatuhi hukuman itu gara-gara tindakan penyokong mereka menghina penyerang Inter, Romelu Lukaku.
Lukaku menjadi sasaran ejekan penyokong lawan sebelum dan selepas menyumbat sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan untuk membolehkan Inter seri 1-1 dalam pertembungan separuh akhir pertama Coppa Italia itu, kelmarin.
Ketika meraikan jaringan itu, pemain antarabangsa Belgium tersebut mengutip kad kuning kedua kerana meletakkan jari di bibirnya sebagai isyarat menutup mulut penyokong Stadium Allianz.
Serie A pada awal pagi tadi mengumumkan bahawa Juve harus menutup sebahagian tempat duduk di bahagian selatan untuk perlawanan Serie A bertemu Napoli di tempat sendiri, dua minggu lagi.

Penalty pro ? 18 out of 18 converted in Nerazzurri colours ⚫?#ForzaInter #JuventusInter #CoppaItaliaFrecciarossa pic.twitter.com/uy9XtFmsOW

— Inter (@Inter_en) April 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hakim yang mengendalikan kes itu menyatakan bahawa "majoriti daripada 5,034" penonton bersalah kerana mendera Lukaku secara ejekan berbaur perkauman.
Lukaku masih akan menjalani penggantungan satu perlawanan dalam aksi timbal balik dengan Juve itu pada 26 April depan kerana dibuang padang hingga mengundang protes panjang.
Penjaga gol Inter, Samir Handanovic, dan pemain tengah Juve, Juan Cuadrado, kedua-duanya turut diarahkan keluar padang kerana terlibat dalam pertelingkahan itu dan masing-masing akan menjalani penggantungan satu dan tiga perlawanan.
#Juventus #Romelu Lukaku #Serie A