CREMONESE 0 JUVENTUS 1

Massimiliano Allegri mengakui Juventus masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan walaupun memperoleh kemenangan Serie A ketujuh berturut-turut, awal pagi tadi.


Sepakan percuma lewat Arkadiusz Milik menyaksikan Cremonese melanjutkan rentak kemenangan skuad Bianconeri menerusi kejayaan 1-0 yang juga menandakan perlawanan ketujuh berturut-turut mereka tanpa dibolosi.

Di sebalik ke ampuhan benteng barisan kendalian Allegri itu, jentera serangan mereka kurang berkesan apabila sekadar melakar lima gol dalam lapan perlawanan Serie A di tempat lawan musim ini, lantas pengurus Juventus tersebut sedar mengenai keperluan meningkatkan prestasi.

"Juve mempunyai skuad yang sangat penting. Di peringkat ini, pemain muda yang penting telah keluar," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.




"Ada sebab untuk gembira, ada tugas yang perlu dilakukan dan berfikir bahawa hanya ada ruang untuk meningkat.

"Pasaran ada jika pemain diperlukan. Pada masa ini, skuad Juventus baik-baik saja seperti ini."

Kemenangan sukar Juventus ke atas Cremonese itu menyaksikan Allegri merombak barisannya dalam separuh masa kedua yang akhirnya terbukti menjadi penentu menerusi gol lewat yang dihasilkan Milik.

Justeru, Allegri bertindak memuji persembahan pemain gantian itu.

“Kami mempunyai lima minit yang sukar, kemudian permainan kembali ke tangan kami dan Milik menjaringkan gol hebat,” tambahnya.

“Saya mempunyai pemain penting di bangku simpanan dan mereka melakukannya dengan baik.

"Chiesa bermain dengan baik, begitu juga Adrien Rabiot termasuk Leandro Paredes yang berperanan lebih baik sebagai pemain sayap.

"Samuel Iling-Junior beraksi dengan baik termasuk Moise Kean. Perubahan di bangku simpanan ini sangat penting."