Serie A: Juventus, Atalanta terikat tanpa jaringan di Bergamo

Muzaffar Musa
October 2, 2023 08:08 MYT
ATALANTA 0 JUVENTUS 0
Juventus dan Atalanta berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Serie A di Bergamo malam tadi.
Selepas mempamerkan aksi seimbang sejak dari sepak mula, kedua-dua pasukan itu memperoleh peluang terbaik dalam babak pertama menerusi percubaan Davide Zappacosta buat tuan rumah sebelum Nicolo Fagioli dan Moise Kean menguji Juan Musso di gawang bertentangan.
Tuan rumah sekali lagi hampir memecahkan kebuntuan dalam babak kedua menerusi sepakan percuma Luis Mureil tetapi penjaga gol, Wojciech Szczesny, bertindak tangkas menolak bola keluar dan dua percubaan Teun Koopmeiners menuju ke penghujung saingan juga tidak membuahkan hasil.
Keputusan itu menyaksikan Juve kendalian Massimiliano Allegri kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Serie A, Inter Milan, sambil Atalanta pula satu mata di belakang Juve.

W?AH! ?‍♂️ pic.twitter.com/9x5AWl7lXx

— JuventusFC ???? (@juventusfcen) October 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Juventus #Atalanta #Serie A
;