INTER 1 NAPOLI 0

Keinginan Inter untuk menang dalam apa jua keadaan ketika bertemu menentang Napoli membantu mereka meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Serie A itu musim ini, jelas ketua jurulatih Simone Inzaghi.


Napoli memenangi 11 perlawanan Serie A berturut-turut sebelum rehat Piala Dunia untuk mendahului 11 mata ketika mereka menuju ke perhitungan dengan Inter di San Siro, awal pagi tadi.

Persembahan hebat daripada anak buah Inzaghi itu disempurnakan dengan tandukan kemenangan Edin Dzeko pada minit ke-56 untuk Inter mengutip mata berharga dalam usaha memburu kejuaraan Serie A ke-20.

Inzaghi gembira dengan persembahan pasukannya selepas perlawanan itu sambil menegaskan mentaliti kemenangan sebagai pendorong utama kemenangan 1-0 itu.

"Inter telah diatur dan mahu menang dalam apa cara sekalipun," kata Inzaghi kepada pemberita.



“Saya perlu mengucapkan tahniah kepada pemain di atas padang, mereka membantu antara satu sama lain dengan segera dan tekad.

"Malam ini saya membawa kegembiraan kemenangan ini untuk didedikasikan kepada peminat."