Serie A: Gol gemilang Kvaratskhelia bantu Napoli hampiri Scudetto

Muzaffar Musa
March 12, 2023 10:38 MYT
NAPOLI 2 ATALANTA 0
Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol gemilang sewaktu membantu Napoli menewaskan Atalanta 2-0, sekali gus melebarkan jurang di tangga teratas Serie A kepada 18 mata awal pagi tadi.
Gol ke-11 pemain kebangsaan Georgia itu dalam musim Serie A pertamanya hadir pada minit ke-60, di mana gelecekannya dalam kawasan penalti lawan disudahi dengan satu ledakan kencang yang merobek gawang lawan.
Selepas menerima bola daripada hantaran Victor Osimhen, Kvaratskhelia membuktikan bahawa dia pemain dengan kualiti tersendiri dengan memperdaya kapten Atalanta, Rafael Toloi, menerusi gerakan kakinya, di mana deretan pertahanan lawan juga tidak dapat menafikan gol gemilang berkenaan susulan satu gelecekan yang cukup menghiburkan.
Pertahanan tengah, Amir Rrahmani, kemudian menanduk masuk gol kedua Napoli pada minit ke-77 selepas menerima bola daripada sepakan penjuru Eljif Elmas.

GOOOOOOOOOOOOAL! ? A fabulous goal and it's that man again! Kvara twists one way then another before spanking the ball into the top of the net! ?? 60 | #NapoliAtalanta 1-0 ? #ForzaNapoliSemprepic.twitter.com/hKjHKo4j86

— Official SSC Napoli (@en_sscnapoli) March 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Napoli #Atalanta #Serie A