Serie A: AC Milan lakar kejutan, tewaskan Inter kali pertama sejak 2022

Sabrina Mustaffa
September 23, 2024 12:51 MYT
Kota Milan berwarna merah megah selepas AC milan menewaskan pasukan jiran Inter Milan 2-1 dalam aksi derbi di Stadium San Siro, awal pagi tadi.
Christian Pulisic memecah kebuntuan selepas 10 minit untuk menghukum pertahanan Inter yang beraksi longlai, tetapi Federico Dimarco berjaya menyamakan kedudukan buat Inter Milan sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

SCEEEEEENES.#InterMilan #SempreMilan pic.twitter.com/hd81HIo9rA

— AC Milan (@acmilan) September 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Milan kembali dalam babak kedua dengan aksi lebih garang. Namun, Rafael Leao gagal menterjemahkan siri percubaannya dalam memburu gol kemenangan.

Our write-up of an amazing night ?#InterMilan #SempreMilan

— AC Milan (@acmilan) September 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berbaki 3 minit ke wisel penamat, Matteo Gabbia tampil menyelamatkan Milan untuk kejayaan pertama ke atas musuh tradisi itu dalam saingan liga sejak 2022.
#bola sepak #Milan #Serie A #Inter Milan #AC #.