SERIE A

Seria A: Jodoh Mourinho, AS Roma berakhir

Stadium Astro
Fadhirul Shuhaimi
16/01/2024
10:36 MYT
Sponsor Banner
Seria A: Jodoh Mourinho, AS Roma berakhir
Gergasi Itali, AS Roma, mengumumkan mereka sudah berpisah dengan ketua jurulatih, Jose Mourinho, susulan prestasi hambar yang ditampilkan juara tiga kali Serie A berkenaan.
"AS Roma boleh mengesahkan Jose Mourinho dan staf kejurulatihannya akan meninggalkan kelab berkuat-kuasa serta merta.
"Kemas kini terbaru mengenai staf kejurulatihan pasukan utama akan diumumkan kelak," kata kelab itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Mourinho, yang dilantik pada Mei 2021, telah memacu Roma menjulang kejuaraan Europa Conference League 2022 di samping muncul naib juara Liga Europa 2023.
Segalanya bagaikan berakhir buat pengendali berusia 60 tahun itu apabila La Magica tersingkir daripada saingan Coppa Italia selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pesaing setempat, Lazio.
Prestasi suram dalam kempen liga menyaksikan mereka kian tersasar daripada buruan kejuaraan apabila menghuni kedudukan kesembilan selepas 20 perlawanan juga difahamkan mendorong keputusan pemecatan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video