Sergio Aguero mahu jadi tunjang Harimau Malaya ke Piala ASEAN
Shaiful Shamsudin
November 12, 2024 13:16 MYT
November 12, 2024 13:16 MYT
Pemain naturalisasi negara di bahagian serangan, Sergio Aguero, mahu menjadikan jadual antarabangsa bulan ini sebagai usaha terakhir untuk menambat hati Pau Marti Vicente.
Aguero sekadar menyumbangkan satu gol dalam 11 pertemuan Liga Super musim ini, namun dia percaya masih mampu menawarkan sumbangan bermakna buat Harimau Malaya, lebih-lebih untuk tugasan antarabangsa, Piala ASEAN, dengan kempen skuad negara bermula menentang Kemboja di Phnom Penh pada 8 November depan.
Aguero -- yang kali terakhir menyarung jersi kebangsaan ketika menentang Tajikistan pada tahun lalu -- akan mengikuti rombangan ke Bangkok bagi pertemuan dengan Kemboja, dua hari lagi disusuli aksi ujian berdepan India di Hyderabad, Isnin depan.
Dan dalam masa sama, pemain kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, pula akan memberi fokus kepada kempen di peringkat Asia.