Separuh masa Piala AMEC: Kedudukan seimbang, Harimau Malaya buntu tembusi tembok kebal Thailand
Najmi Iman
December 14, 2024 21:47 MYT
December 14, 2024 21:47 MYT
Keputusan seri 0-0 menyaksikan Harimau Malaya terikat dengan Thailand di separuh masa pertama dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, di Stadium Rajamangala, ketika ini.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente banyak melakukan serangan, namun tiada penyudah yang mampu menembusi penjaga gol Thailand.
Pasukan Gajah Perang itu juga menemui jalan buntu apabila setiap serangan berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan yang diketuai pemain muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar.
Separuh Masa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 | Sabtu, 14 Disember 2024 THAILAND ?? 0-0 ?? MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/NqQmRTvrhM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pujian harus diberikan kepada kedua-dua penjaga gol, Haziq Nadzli dan Patiwat Khammai, kerana kecemerlangan yang dipamerkan berhasil menyelamatkan gawang daripada dibolosi.