Separuh masa Liga Super: Gol awal Heberty letak JDT di depan, Sri Pahang bergelut

Muzaffar Musa
June 22, 2024 18:19 MYT
Gol awal daripada Heberty Fernandes meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di depan mengatasi Sri Pahang 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.
Heberty hanya memerlukan empat minit untuk meletakkan Harimau Selatan di depan, di mana penyerang kelahiran Brazil itu melakukan larian solo menarik sebelum melepaskan rembatan leret dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.
Selepas jaringan itu, Sri Pahang kelihatan bergelut untuk merencanakan serangan, bahkan membenarkan deretan pemain JDT berleluasa di kawasan mereka.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Johor Darul Ta'zim FC #Sri Pahang FC #Separuh Masa