Separuh masa final Pestabola Merdeka: Romel Morales letak Harimau Malaya di depan dahului Lubnan

Muzaffar Musa
September 8, 2024 21:53 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Romel Morales, meletakkan skuad negara di depan 1-0 menjelang separuh masa final Pestabola Merdeka menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.
Harimau Malaya mendominasi hampir keseluruhan babak pertama tetapi berdepan kesukaran untuk memecahkan kebuntuan dengan peluang terbaik hadir menerusi percubaan akrobatik Syafiq Ahmad yang tidak tepat ke sasaran.
Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba pada minit ke-32 apabila Romel bijak menghidu hantaran dekat Endrick dos Santos untuk melepaskan penyudah leret ke gawang lawan susulan lontaran jauh yang dilakukan Corbin Ong.
#bola sepak #Harimau Malaya #Romel Morales #Pestabola Merdeka