Separuh masa EURO 2024: Tandukan Samet Akaydin pastikan Turkiye mendahului Belanda

Saufi Tahir
July 6, 2024 03:49 MYT
Turkiye mendahului Belanda 1-0 dalam separuh masa pertama suku akhir saingan EURO 2024 di Stadium Olympiastadion, Berlin, sebentar tadi.
Turkiye membuka jaringan pada minit ke-35 melalui tandukan pemain pertahanan, Samet Akaydin, apabila menanduk hantaran kemas daripada Arda Guler daripada luar kotak penalti untuk meletakkan Turkey di depan 1-0.

Türkiye ahead in Berlin ??#EURO2024 | #NEDTUR pic.twitter.com/MChHivqkJk

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memphis Depay, Cody Gakpo dilihat sukar menembusi barisan benteng pertahanan Turkiye yang bertahan dengan momentum yang baik dalam separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bakal menyaksikan satu lagi pasukan yang akan menempah slot terakhir untuk mara ke separuh akhir EURO 2024 dan sekiranya keputusan ini kekal maka skuad Vincenzo Montella akan melangkah ke pusingan seterusnya.

Arda Güler ➡️ Samet Akaydin ⚽#EURO2024 | #NEDTUR pic.twitter.com/R4o9wh0HLA

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Belanda #Euro 2024 #Turkiye #Kesebelasan Utama