SEPANYOL 3 CROATIA 0

Juara Euro 2012, Sepanyol, mendahului perlawanan pertama kumpulan B Euro 2024 menentang Croatia selepas kerap kali melakukan serangan tanpa henti untuk memperoleh kedudukan selesa di Stadium Olympia, ketika ini.


Hantaran pemain Paris Saint-Germain (PSG), Fabian Ruiz, berjaya menemui penyerang utama, Alvaro Morata, yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pertahanan lawan untuk memberikan jaringan pembukaan buat La Roja.

Berselang tiga minit kemudian, anak-anak buah Luis de la Fuente, menggandakan kelebihan melalui Fabian Ruiz, yang melepaskan sepakan leret dalam ruang sempit melintasi pertahanan Croatia.

Pemain Real Madrid, Dani Carvajal, memberikan jaringan ketiga susulan kerapuhan benteng pasukan Croatia yang membenarkan hantaran daripada pemain muda, Lamine Yamal, disempurnakan oleh pemain berpengalaman itu.

Tamat separuh masa pertama, keputusan kekal dengan juara Piala Dunia 2010 itu memberikan tanda positif menjelang babak kedua nanti.