Separuh masa EURO 2024: Harry Kane buka akaun jaringan, Hjulmand sumbat gol buat Denmark

Saufi Tahir
June 20, 2024 00:49 MYT
Separuh masa di Frankfurt Arena menyaksikan Denmark mengikat England dengan jaringan 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan C, sebentar tadi bagi terus menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.
Phil Foden hampir menjaringkan gol pembukaan buat England pada minit ke-13 tetapi sepakannya jauh tersasar daripada tiang gol.
Begitupun, jaringan England hadir pada minit ke-18 melalui Harry Kane yang mudah menyempurnakan jaringan pertama selepas kesilapan pemain pertahanan Denmark membuka ruang buat Kyle Walker merampas bola untuk dihantar ke dalam dalam kotak penalti.
Jannik Vastergaard menerima kad kuning pertama perlawanan selepas menjatuhkan Bukayo Saka untuk memberikan sepakan percuma buat England.

??⚽️ What a goal by Hjulmand! #EURO2024 | #DENENG pic.twitter.com/6FWtTPIjiU

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Denmark menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pemain tengah, Morten Hjulmand, melalui sepakan cantik daripada luar kotak penalti menerjah palang gol sekaligus menewaskan Jordan Pickford pada minit ke-34.
Baki 45 minit bakal menyaksikan cabaran Denmark terus menyala sama ada sekadar pelengkap jadual Kumpulan C ataupun sebaliknya.
#bola sepak #Harry Kane #Separuh masa EURO 2024 #Morten Hjulmand