Separuh masa EURO 2024: Albania cipta kejutan, Croatia kian tertekan

Muzaffar Musa
June 19, 2024 13:49 MYT
Albania mencipta kejutan apabila mendahului pasukan pilihan, Croatia, 1-0 menjelang separuh masa aksi kedua Kumpulan B, Euro 2024 di Hamburg ketika ini.
Qazim Laci meletakkan Albiania di depan seawal minit ke-11 dan biarpun Croatia lebih banyak menguasai permainan, mereka kelihatan buntu di depan gawang.
Seandainya kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat, ia sudah pasti menambahkan tekanan buat skuad bimbingan Zlatko Dalic itu selepas dibelasah 0-3 oleh Sepanyol dalam perlawanan pertama.
#bola sepak #Croatia #Albania #Euro 2024 #Separuh Masa