Separuh masa ACLE: Dua gol awal Jasir Asani hukum JDT

Saufi Tahir
October 22, 2024 18:51 MYT
Gawangju sedang mendahului Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 dalam separuh masa pertama perlawanan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite, di Stadium Yongin Mireu, sebentar tadi.
Gwangju hanya memerlukan dua minit untuk memecahkan kebuntuan pasukan tuan rumah selepas sepakan lencong Jasir Asani melemaskan Andoni Zubiaurre untuk wakil Korea Selatan itu mendahului terlebih dahulu.
Selang tiga minit kemudian, Asani sekali lagi menggandakan jaringan buat Gwangju selepas Feroz Baharudin gagal mengawal bola dengan baik untuk memudahkan pasukan lawan mengambil kesempatan sekali gus mendahului selesa 2-0.
Begitupun, Feroz menempah nama selaku penjaring pada minit ke-28 selepas tandukannya menutup kesilapan yang dilakukan sebelum ini untuk kedudukan 1-2.
Gwangju berpeluang menambah jaringan ketiga tetapi jaringan Shin Chang-moo dinafikan pengadil perlawanan selepas Natxo Insa terlebih dahulu dikasari pemain lawan.
Beberapa siri serangan yang dirancang anak buah Hector Bidoglio sukar menembusi benteng pasukan tuan rumah yang kemas bertahan untuk menutup babak pertama dengan JDT ketinggalan 1-2.

Let's go, JDT! ? More photos at https://t.co/2yoohpR7F7#GWAvJDT#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/y7eEH49UH5

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teruskan bersama Nadi Arena untuk menyaksikan baki separuh masa kedua.
#bola sepak #JDT #ACLE #Jasir Asani
;