Separuh masa ACL2: Yohandry Orozco watak penting Selangor di depan

Najmi Iman
October 3, 2024 20:48 MYT
Yohandry Orozco meletakkan Selangor di depan dalam separuh masa pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Dynamic Herb Cebu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, ketika ini.
Seawal minit ke-10, skuad tuan rumah sudah memecahkan kebuntuan permainan menerusi Orozco selepas menampan hantaran daripada Ronnie Fernandez untuk kedudukan 1-0.

10’ | ?? SFC 1-0 DHC ?? ⚽️ GOOOOOOOOOOOOOAL! Yohandry Orozco scores the opening goal after Ronnie Fernandez did well to find him in the box. Keep it up #RedGiants! ??#SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan#FromDarulEhsanToAsia pic.twitter.com/D25raJgvt2

— Selangor FC (@selangorfc) October 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan tersebut bersifat berat sebelah apabila The Red Giants lebih kerap melancarkan serangan berbanding pasukan lawan, namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.
#bola sepak #Selangor #Yohandry Orozco #ACL2 #Liga Juara-Juara Asia 2