Seorang pemimpin dan segak, Klopp anggap Van Dijk miliki pakej lengkap sebagai kapten Liverpool

Ammar Hakim
August 1, 2023 22:55 MYT
Jurgen Klopp telah mendedahkan dia menyerahkan Virgil van Dijk lilitan kapten Liverpool atas dasar kepimpinannya, dan penampilannya.
Pemain pertahanan Belanda, Van Dijk, telah menggantikan Jordan Henderson sebagai kapten pasukan The Reds, dengan Trent Alexander-Arnold mengambil peranan sebagai naib kapten.
"Virgil mempunyai segala-galanya untuk menjadi kapten sebuah kelab bola sepak," kata pengendali Liverpool, Klopp kepada laman web kelab.

Captain for club and country ?? pic.twitter.com/vhoZixmAe9

— Liverpool FC (@LFC) August 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Nombor satu, dia mungkin, biar saya fikir, pastinya kapten yang paling tampan dalam Liga Perdana Inggeris, yang penting untuk gambar pasukan!
“Tetapi, sudah tentu, daripada segi personaliti semuanya ada. Dia mahu menjadi pemimpin, dia adalah pemimpin.
“Dia perlu meningkatkan, seperti kita semua perlu meningkatkan kerana kita sudah biasa dengan perkara seperti biasa dan kini kita perlu mencipta sesuatu yang baharu -- struktur baharu, budaya baharu -- dan itu benar-benar mengujakan. Dia akan memainkan peranan besar dalam hal itu -- dia perlu melakukannya.”
#Liverpool #Virgil van Dijk #Bayern Munich #EPL #Jurgen Klopp #Sadio Mane