bola-sepak

Selepas lapan tahun, Christopher Raj sah akan tinggalkan FAM

Najmi Iman 22/01/2025 | 09:29 MYT
Bekas pengurus bawah 17 tahun (B-17) negara, Christopher Raj, sah menarik diri daripada bertanding selepas dicalonkan bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) dalam kongres pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2024-2029 pada 15 Februari depan.
Selepas lapan tahun, dia mengumumkan bahawa 15 Januari lalu merupakan hari terakhirnya menunaikan tanggungjawab selaku Exco FAM dan akan meninggalkan badan induk itu untuk memberi ruang kepada calon lain mencurahkan khidmat mereka menabur bakti kepada bola sepak Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, dan FAM di atas peluang, sokongan dan pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang saya berkhidmat.
“Terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan Exco yang berjuang
bersama saya selama ini dan selamat maju jaya, teruslah membawa bola sepak
Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
#bola sepak #FAM #Persatuan Bolasepak Malaysia #Christopher Raj
;