Selepas India, FAM umum Laos sebagai lawan November depan

Najmi Iman
October 28, 2024 17:17 MYT
Selepas mengumumkan India sebagai lawan dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bagi mengisi slot Kalendar Antarabangsa FIFA, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya mendapatkan satu lagi aksi bertemu Laos pada November depan.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan bermain di tempat lawan di mana Bangkok, Thailand bertindak sebagai tuan rumah buat Laos sebelum menghadapi India di meskipun belum dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
Harimau Malaya akan bertemu Laos pada 14 November sebelum menentang India pada 19 November depan bagi memperbaiki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
#bola sepak #FAM #Malaysia #Harimau Malaya #Laos
;