Sekretariat Rakan Muda IPT terima dana fasa pertama RM280,000

Husna Zainudin
July 30, 2024 19:07 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara rasmi menyerahkan dana sebanyak RM280,000 di bawah pelaksanaan program fasa pertama Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Majlis pengagihan yang berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan itu bertujuan untuk penyelarasan dan pelaksanaan program aktiviti rakan muda selain berpotensi untuk pembentukan sahsiah serta jati diri dalam kalangan pelajar.
"Rakan muda adalah satu komuniti yang memfokuskan budaya hidup sihat bukan hanya dalam aspek kesukanan tetapi juga kehidupan harian.
"Akses menerusi IPT dilihat sebagai salah satu medium yang digunakan untuk pelaksanaan program ini," katanya.
#KBS #Hannah Yeoh #Rakan Muda #Sekretariat IPT
;