Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN

Najmi Iman
November 20, 2024 09:01 MYT
Selepas menewaskan pasukan di ranking ke-59 dunia, Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara (ASEAN) paling berjaya dalam sejarah disaksikan puluhan ribu peminat tempatan di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Kejayaan itu menyaksikan Sang Garuda merupakan pasukan pertama ASEAN berhasil mengumpul enam mata dan mencatatkan satu kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Vietnam dengan pungut empat mata serta mencatatkan satu kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

?? Indonesia – ASEAN's Best Performer in FIFA World Cup Third Round! ? ✨ Breaking Records : Indonesia has officially become the most successful ASEAN team in the history of the FIFA World Cup third-round qualifiers! With 6️⃣ points after 6 matches, they’ve set a new… pic.twitter.com/Vin8Wup8Tq

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Thailand sekadar meraih dua mata ketika pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2018.
Skuad kendalian Shin Tae-yong mempunyai baki empat perlawanan tatkala dua daripadanya menentang Bahrain dan China akan dilangsungkan di tempat sendiri.
Harapan setinggi gunung dan mimpi seluas lautan mendorong semangat luas biasa Indonesia menghadapi aksi seterusnya bagi menempah tiket ke peringkat tertinggi dunia itu.
#bola sepak #Indonesia #Kelayakan Piala Dunia 2026
;