Muzaffar Musa
Sun Jan 22 2023
EINTRACHT FRANKFURT 3 SCHALKE 0
Schalke kekal terperosok di tangga terbawah Bundesliga dengan rekod terburuk 36 perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan di laman lawan.
Juara Jerman tujuh kali itu, yang dinaikkan ke Bundesliga musim lalu, tidak pernah menang di gelanggang lawan sejak menewaskan Werder Bremen 2-1 pada November 2019.
Kekalahan 0-3 kepada Eintracht Frankfurt di Deutsche Bank Park lewat malam tadi menyaksikan kemarau kemenangan di laman lawan mereka meningkat kepada 36 perlawanan berturut-turut, sekali gus menggantikan pemegang sebelum ini, Karlsruher, yang merekodkan 35 perlawanan berturut-turut pada penghujung 1981.
Kekalahan terbaru itu juga menunjukkan masalah sama yang dihadapi Schalke musim ini, di mana Frankfurt meraih kemenangan selesa biarpun pelawat muncul pasukan yang melakukan lebih banyak percubaan.
Mereka mendaftarkan 19 percubaan tetapi tiada satu pun daripadanya menghasilkan gol sambil Frankfurt pula hanya dapat melakukan tiga percubaan tetapi kesemuanya membuahkan hasil, termasuk dua pada penghujung perlawanan.
Piala FA Inggeris: Pochettino tidak mahu anak buah pandang rendah kemampuan City
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino, memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah tentangan Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris malam ini.
Piala FA Inggeris: Cole Palmer tidak perlu bukti apa-apa kepada Man City
Mauricio Pochettino percaya penyerang Chelsea, Cole Palmer, akan mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris bertemu Manchester City malam ini tanpa apa-apa untuk dibuktikan kepada bekas majikannya, menegaskan dia adalah pengurus yang tepat untuk membantu pemain berusia 21 tahun itu meneruskan peningkatan yang menakjubkan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Penyerang sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.
Piala Asia B-23: Thailand dibedil Arab Saudi
THAILAND 0 ARAB SAUDI 5
Astro Arena siar perlawanan pramusim sembilan pasukan dengan teknologi VAR
Menjelang kehangatan Liga Malaysia 2024/25, Astro Arena akan membawakan kepada anda siaran secara langsung perlawanan pramusim melibatkan sembilan pasukan.
Liga Super: FAM, MFL tunggu kelulusan FIFA penggunaan VAR
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menanti penuh debar kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Super bermula bulan depan.
Piala Asia B-23: Malaysia dalam tekanan bertemu Vietnam -- Pengurus
Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Shahril Mokhtar, tanpa berselindung mengakui Harimau Muda kini sedang dalam keadaan tertekan menjelang aksi kedua Kumpulan D, Piala Asia B-23 menentang Vietnam di Doha, Qatar malam esok.
Bumbung SNBJ punca rumput Zeon Zoysia tidak dapat cahaya matahari secukupnya
Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa rumput jenis Hybrid yang akan digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan diselenggarakan oleh kontraktor baru mengikut prosedur operasi Standard SOP yang baru.
Piala Asia B-23: Vietnam yakin raih tiga mata bertemu Harimau Muda
Ketua jurulatih skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan, menegaskan pasukannya akan turun dengan misi mengutip tiga mata ketika berdepan Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan B, Piala Asia B-23 di Doha, Qatar malam esok.
SAC 2024: Selangor perkenal trofi dengan tema Bunga Tanjung Pecah Sembilan
Selangor hari ini memperkenalkan trofi bagi Kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan bertemakan Bunga Tanjung Pecah Sembilan.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.
Former Wales winger Leighton James dies, aged 71
Emma Hayes: Chelsea not overthinking semi-final against ‘world-class’ Barcelona
England stars out cheaply as Dukes ball returns to County Championship
Emma Raducanu’s run at Stuttgart Open ended by world number one Iga Swiatek