Saya tidak mempunyai banyak masa lagi -- Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara

Saufi Tahir
October 2, 2024 09:11 MYT
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, menjelaskan tumpuannya kini bukan lagi untuk memecahkan rekod individu memandangkan dia sudah biasa melakukan perkara itu malah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk beraksi di atas padang sebagi pemain bola sepak.
Pemain berusia 39 tahun itu menjaringkan gol kemenangan buat Al-Nassr menewaskan kelab dari Qatar, Al-Rayyan, dalam perlawanan Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara (ACLE), Isnin lalu.

Hard work pays off. Let's keep going! ? pic.twitter.com/HXMkWZJCyF

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) September 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan kemenangan itu merupakan gol ke-904 dalam kariernya selepas meraih gol ke-900 dalam saingan pembukaan Liga Negara-Negara membantu Portugal menewaskan Croatia.
"Ia adalah perlawanan yang sukar seperti semua perlawanan dalam saingan ACLE, tetapi perkara paling penting ialah kami mencipta lebih banyak peluang dan bertahan dengan baik untuk menghalang pasukan lawan untuk mencipta peluang, " katanya dalam sidang media usai perlawanan.
"Saya seronok bermain bola sepak ketika ini, kerana saya tahu saya sudah tidak mempunyai banyak masa lagi di atas padang.
"Ia tidak penting sama ada saya yang terbaik mahupun tidak, saya tidak mengambil berat tentang itu lagi. Memang bagus sekiranya pemain menjaringkan gol tetapi lebih baik sekiranya pasukan melakar kemenangan.

??? Cristiano Ronaldo: “I'm just enjoying playing football now as I know I don't have much time left on the pitch”. “It is not important to me now to be the best player or to win awards. What is important to me now is to enjoy and help my team”. pic.twitter.com/i5j8TV1W8b

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sudah biasa memecahkan rekod. Perkara paling penting sekarang adalah menikmati dan membantu Al-Nassr dan rakan sepasukan melakar kemenangan." katanya.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Al-Nassr #ACLE