'Saya tidak dapat kawal apa yang tertulis' -- Arteta kekal fokus bersama Arsenal

Ammar Hakim
March 9, 2023 01:54 MYT
Mikel Arteta kekal 'memberi tumpuan sepenuhnya' untuk membimbing Arsenal menjulang kegemilangan Liga Perdana Inggeris musim ini di tengah-tengah desas-desus dia dikehendaki oleh Real Madrid untuk menggantikan Carlo Ancelotti.
Arsenal berada lima mata di depan Manchester City di tangga teratas liga utama Inggeris dalam mengejar gelaran pertama mereka sejak kempen 2003-04.
Arteta telah dipuji secara meluas kerana kerjanya di Stadium Emirates dalam musim penuh ketiganya sebagai pengurus, dengan laporan dari Sepanyol semalam menunjukkan Madrid berminat mendapatkan khidmatnya.
Ancelotti dikatakan berada di bawah tekanan sebagai ketua jurulatih Madrid, walaupun membimbing kelab itu ke LaLiga dan Liga Juara-Juara berganda musim lalu.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai spekulasi menjelang perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa Arsenal bertemu Sporting CP, Arteta berkata dia tidak memikirkannya.
“Ia perkara yang pengurus atau pemain tidak boleh kawal, apa yang tertulis,” katanya.
"Apa yang saya boleh beritahu anda ialah saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang saya lakukan di sini dan amat berbangga dan bersyukur kerana melakukan apa yang saya lakukan dalam kelab bola sepak ini. Itu sahaja."

Meanwhile, earlier today at London Colney... ? pic.twitter.com/fP8SoIGntU

— Arsenal (@Arsenal) March 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Real Madrid #Sporting CP #La Liga #Premier League #UEFA Europa League #EPL #UEL #Mikel Arteta Amatriain