“Saya sedia bermain selama 90 minit penuh.” — Itulah harapan pemain bertubuh kecil yang dirindui peminat tempatan atas kehebatannya dalam padang.

Selepas melalui fasa yang meninggalkan trauma buat dirinya, Faisal Halim tidak berputus asa untuk kembali bergelar sebagai seorang pemain bola sepak profesional, malah sudah mula melakukan penampilan bersama Selangor.

Demi mendapatkan minit permainan seperti pemain lain, Miki semakin bekerja keras untuk menempah tempat dalam barisan utama The Red Giants di bawah bimbingan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi.

Tiada siapa menjangka kebangkitan semula pemain kelahiran Penang itu memaparkan peningkatan drastik dan hampir membuahkan hasil menerusi sokongan padu yang diterima.

Bagaimanapun, luka yang ditinggalkan melalui kes simbahan asid oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab memberi kesan yang mendalam buat Faisal Halim dan keluarga.

Biarpun rintangan yang dilalui bukan sekecil anak, siapa sangka dia mampu menonjolkan aksi memukau dan terus mengilhamkan keyakinan buat semua penyokong yang mahu melihat Faisal Halim bebas daripada gangguan.



"Saya perlukan masa untuk dapatkan kecergasan dan kembali seperti asal.

“Saya sudah melakukan pelbagai ujian. Terbukti saya mampu bersedia bermain 90 minit.

"Saya tidak mahu terlalu terburu-buru. Tidak mungkin saya kembali selama dua minggu.

“Saya kena gembira. Saya tidak perlu mengenang apa yang jadi,” ulasnya ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.