Saudi Pro League: Neymar lengkapkan perpindahan ke Al Hilal daripada PSG

Muzaffar Musa
August 16, 2023 00:56 MYT
Neymar menjadi pemain bintang terbaru menyertai Saudi Pro League apabila melengkapkan perpindahannya ke Al Hilal awal pagi tadi.
Pemain berusia 31 tahun itu menyertai pasukan berkenaan daripada Paris Saint Germain (PSG) dengan kesepakatan yang boleh mencecah €100 juta (RM506 juta).
Penyerang Brazil itu akan menjadi bintang dunia terbaru meninggalkan Eropah untuk ke Timur Tengah selepas ketibaan Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Riyad Mahrez, Ruben Neves, Sadio Mane dan N’Golo Kante.
Kesepakatan itu turut menyaksikan Neymar menamatkan tempoh enam tahunnya di PSG selepas menyertai kelab Perancis itu daripada Barcelona dengan rekod dunia, £200 juta (RM1.1 bilion) pada 2017.
Dia meninggalkan Parc Des Princes selepas menjaringkan 118 gol daripada 173 perlawanan dan memenangi lima gelaran Ligue 1.
Neymar kini akan menyertai bekas kapten Wolves, Ruben Neves, dan bekas pertahanan Chelsea, Kalidou Koulibaly, di Al Hilal.

“I am here in Saudi Arabia, i am HILALI ?”@neymarjr #AlHilal pic.twitter.com/q7VUhf0FnQ

— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) August 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Neymar #Ligue 1 #Al Hilal #Saudi Pro League