Sassuolo capai kesepakatan jual Scamacca kepada West Ham

Muzaffar Musa
July 25, 2022 04:41 MYT
Sassuolo mencapai kata sepakat untuk menjual penyerang Itali, Gianluca Scamacca, kepada West Ham, kata ketua pegawai eksekutif kelab itu, Giovanni Carnevali.
Penyerang berusia 23 tahun itu sedari awal sudah dijangka akan meninggalkan Sassuolo dalam jendela perpindahan kali ini dengan Paris Saint-Germain (PSG) antara kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Carnevali menegaskan pada awal bulan ini bahawa mereka tidak akan terburu-buru untuk melepaskan aset berharga itu dan hanya akan membenarkan pemain itu meninggalkan mereka seandainya setiap syarat terpenuhi.
Dan walaupun terdapat minat daripada PSG, West Ham kelihatan pasukan yang hampir pasti akan mendapatkan penyerang itu.

Che stagione per gli attaccanti neroverdi ? Solo Domenico #Berardi e Mbappé hanno segnato almeno 15 gol e fornito almeno 14 assist nei maggiori 5 campionati europei 21/22 ? 16 ⚽️ per Gianluca #Scamacca, attualmente capocannoniere neroverde in questa #SerieATIM ?#ForzaSasol pic.twitter.com/VnEnpsB7vl

— U.S. Sassuolo (@SassuoloUS) May 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap kepada Corriere dello Sport, Carnevali berkata: "€36 juta (RM163.76 juta) beserta bonus €6 juta (RM27.29 juta) dan 10 peratus perolehan daripada penjualan semula Scamacca. Bukankah ia urusniaga yang baik? Juga West Ham adalah kelab yang kerap menjual pemain.
"Scamacca wajah terkini dan masa depan Itali, seorang penyerang sempurna.
"Dia sudah banyak meningkat tahun lalu dan dia masih ada potensi yang belum dikeluarkan.
"Dia mempunyai kekuatan fizikal dan teknikal -- dia perlu belajar untuk lebih banyak bermain dengan rakan sepasukannya -- tetapi dia seorang pemuda yang luar biasa, amat bagus," katanya.
Sebagai rekod, Scamacca menjaringkan 16 gol daripada 36 penampilannya dalam Serie A sepanjang musim lalu.
#bola sepak #Sassuolo #Serie A #Liga Perdana Inggeris #West Ham