Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan

Ammar Hakim
March 29, 2024 08:35 MYT
Pemain tengah Newcastle, Sandro Tonali, telah didakwa atas salah laku berhubung dakwaan pelanggaran peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak, perkara itu diumumkan FA.
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos 2023 dan 12 Oktober 2023.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang kini menjalani hukuman penggantungan selama 10 bulan kerana kesalahan pertaruhan ketika bermain di Itali, mempunyai masa sehingga 5 April untuk bertindak balas.

pic.twitter.com/0LF57qP8rs

— FA Spokesperson (@FAspokesperson) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Newcastle berkata dalam satu kenyataan, “Newcastle United mengakui tuduhan salah laku yang diterima oleh Sandro Tonali berhubung dakwaan pelanggaran Peraturan Pertaruhan FA.
“Sandro terus mematuhi sepenuhnya siasatan berkaitan dan dia masih lagi mendapatkan sokongan penuh daripada kelab.
“Disebabkan proses berterusan ini, Sandro dan Newcastle United tidak dapat memberikan ulasan lanjut buat masa ini.”
Oktober tahun lalu Tonali digantung selama 10 bulan selepas mencapai kata sepakat berikutan siasatan terhadap pertaruhan haram yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Itali dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).
Dia juga didenda EURO20,000 dan diarah mengambil kursus terapi selama lapan bulan bagi menangani masalahnya selepas ejennya, Giuseppe Riso, berkata bekas pemain tengah AC Milan itu hidup dengan ketagihan judi.
#England #Newcastle United #EPL #Sandro Tonali
;