Jorge Sampaoli menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dalam memutuskan masa depan Isco di Sevilla.

Perancang itu menyertai Sevilla pada Ogos lalu tetapi kini kelihatan sedia untuk dilepaskan di sebalik telah menandatangani perjanjian dua tahun.

Isco pernah menjadi pemain utama buat Real Madrid dan Sepanyol apabila tampil 19 kali bersama Sevilla musim ini dengan memulakan 16 perlawanan.

Dia menyumbang satu gol dan mencipta tiga bantuan jaringan dengan menghasilkan 22 peluang gol buat rakan sepasukannya.

Malah, Isco telah diturunkan tiga kali ganda lebih kerap berbanding sepanjang bersama Madrid musim lalu iaitu 406 minit permainan.

Namun, timbul laporan bahawa pemain berusia 30 tahun itu telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya.




Ditanya mengenai khabar angin itu menjelang perlawanan Copa del Rey di antara Sevilla dengan Juventud de Torremolinos, Sampaoli memberitahu pemberita bahawa ia di luar bidang kuasanya.

“Realitinya berkenaan soal Isco, ia adalah situasi yang tidak terlalu membabitkan saya,” katanya.

“Peranan saya sebagai jurulatih adalah untuk melihat sumber yang saya ada dan mengembangkannya.

"Isco mempunyai kualiti yang hebat dan dia telah buktikannya sepanjang kariernya, tetapi keputusan mengenai siapa yang tiba dan siapa yang pergi bukanlah di tangan jurulatih, tetapi kelab."

Juventus, Napoli, Aston Villa dan Wolves – kini diuruskan oleh bekas bos Sevilla, Madrid dan Sepanyol, Julen Lopetegui – telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Isco.