Salah kecewa Liverpool lengah perbincangan kontrak baru
Ammar Hakim
November 25, 2024 18:27 MYT
November 25, 2024 18:27 MYT
Mohamed Salah mendedahkan dia masih lagi belum mendapatkan sebarang tawaran formal dari Liverpool, mengakui 'kecewa' masih lagi belum berada dalam fasa perbincangan untuk melanjutkan kontraknya.
Bintang The Reds itu meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Arne Slot memastikan kekal di puncak liga dengan berkelebihan lapan mata menerusi kemenangan 3-2 ke atas Southampton, berkata bahawa dirinya kini 'lebih terarah untuk keluar daripada kekal'.
Salah semakin hampir memasuki enam bulant terakhir berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada penghujung June 2022, bermakna dia boleh bercakap dengan kelab di luar England mengenai perpindahan secara percuma musim panas nanti apabila jendela perpindahan musim sejuk bermula 1 Januari.
"Kita sudah hampir memasuki bulan Disember dan saya belum menerima sebarang tawaran untuk kekal dalam kelab, [jadi] saya kini lebih cenderung akan berhijrah berbanding kekal," akui Salah.
"Anda tahu saya telah berada dalam kelab selama bertahun-tahun. Tidak ada kelab seperti ini. Tetapi akhirnya ia bukan di tangan saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bulan Disember semakin hampir dan saya belum menerima apa-apa lagi tentang masa depan saya.
"Saya sayang peminat kelab ini. Peminat juga sayang saya. Akhirnya ia bukan di tangan saya atau di tangan peminat. Kita tunggu dan lihat. Sudah tentu [tiada tawaran yang mengecewakan], ya.
"Saya tidak akan bersara tidak lama lagi jadi saya hanya bermain, fokus pada musim ini dan saya cuba untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan semoga Liga Juara-Juara juga. Saya agak kecewa tetapi kita akan lihat.
"Saya sangat profesional. Semua orang boleh melihat etika kerja saya. Saya hanya cuba menikmati bola sepak saya dan saya akan bermain di peringkat teratas selama mungkin. Saya hanya melakukan yang terbaik kerana inilah diri saya dan Saya cuba memberikan segala-galanya untuk diri saya sendiri dan untuk kelab kita akan lihat apa yang berlaku seterusnya."