Melentur buluh biar dari rebungnya, produk jenama sukan tempatan, Sporstrevo milik bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, memupuk semangat patriotism dalam diri kanak-kanak sejak usia kecil.

Ia menerusi sambutan Hari Sukan Merdeka yang dianjurkan bersama tiga tadika di lembang klang Bir Ali, Nimblebee Preschool dan Rauf sekali gus menyemarakkan bulan kebangsaan.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam majlis yang diadakan di Shah Alam hari ini dan Safiq ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut berkongsi mengenai perancangannya bersama tadika berkenaan.

"Impian saya adalah mahu menubuhkan akademi bola sepak saya sendiri bagi membantu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak dan saya berharap impian saya ini dapat menjadi kenyataan," kata Safiq.