S.Sivasangari, Rachel Arnold harapan utama negara di Piala Skuasy ACE Malaysia 2024
Fariha Razak
November 10, 2024 20:57 MYT
November 10, 2024 20:57 MYT
Kurang daripada dua hari lagi menjelang Piala Skuasy ACE Malaysia yang menampilkan kelainan pada kali ini apabila berlangsung dalam pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, Selasa ini .
Menurut ketua jurulatih skuasy kebangsaan yang baru, Shahril Shahidan, persiapan skuad negara berada di tahap yang baik kerana kebanyakan pemain sudah pun melalui beberapa siri kejohanan di luar negara sebelum ini.
Rachel Arnold mendapat ‘booster’ terbaik apabila baru saja menjuarai Skuasy Terbuka China di Shanghai, sekali gus melonjakkan kedudukan rankingnya di tangga ke-19.
Dalam edisi lalu, Rachel merupakan satu-satunya wakil negara yang berjaya ke perlawanan akhir tetapi tewas untuk bergelar naib juara.
?? RACHEL ARNOLD WINS THE CHINA OPEN! ? No.6 seed @rachelmaearnold takes out No.3 seed Mohamed to win the 2024 China Open Result: China Open Final ??[6] Rachel Arnold beats [3] Farida Mohamed ?? 3-0: 11-5, 11-8, 11-8 (28m) Report: https://t.co/1jfD4fYKR9#ChinaOpen pic.twitter.com/AULvzRzhLf
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Rachel, pemain perseorangan utama negara, S.Sivasangari juga dianggap sebagai calon juara untuk piala Skuasy ACE Malaysia kali ini.
“Sebelum ini, hanya seorang pemain negara yang berada di final. Saya berharap dalam edisi kali ini, kedua-dua wakil kebangsaan berjaya mara dan mempunyai juara daripada wakil tuan rumah”, kata Shahril Shahidan dalam perkongsiannya di Nadi Weekend.
Tambahnya lagi, dia berharap lebih ramai penyokong akan datang untuk memberikan sokongan kepada pemain Malaysia.
Walaupun juara bagi kejohanan bertaraf gangsa ini akan menerima ganjaran wang tunai sebanyak USD64,000 (RM280,000), pemain lebih terarah kepada mendapatkan mata kelayakan Sukan Olimpik daripada mengejar habuan yang bakal diterima.