Ruud van Nistelrooy tinggalkan Manchester United

Shaiful Shamsudin
November 11, 2024 07:43 MYT
Manchester United mengesahkan perpisahan dengan Ruud van Nistelrooy berikutan ketibaan Ruben Amorim di Old Trafford.
Van Nistelrooy kembali ke kelab itu pada Julai lalu dengan kontrak dua tahun sebagai pembantu kepada Erik ten Hag.
Dia menggalas amanah sebagai pengendali sementara berikutan pemecatan Erik ten Hag bulan lalu.
Pengurus berusia 48 tahun itu menyelia empat perlawanan sepanjang tempoh sementaranya itu dengan melakar kemenangan ke atas Leicester City dalam Piala Liga Inggeris (EFL) sementara PAOK dalam Liga Europa.
United kemudiannya terikat 1-1 dengan Chelsea, tetapi Van Nistelrooy melepaskan tanggungjawab itu dengan bergaya apabila membelasah The Foxes 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
Begitupun, Amorim, yang akan memulakan peranan barunya minggu ini telah memutuskan untuk tidak mengekalkan khidmat pengurus Belanda itu sambil komposisi penuh kejurulatihan pasukan utama akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Ruud merupakan dan akan sentiasa menjadi legenda Manchester United," menurut satu kelab itu dalam satu kenyataan.

Ruud van Nistelrooy and three first-team coaches have departed the club with our best wishes for the future.Thank you for your unwavering commitment to United ❤️#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) November 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami berterima kasih atas sumbangannya dan cara dia menguruskan peranannya sepanjang tempohnya bersama kelab.
"Dia akan sentiasa dialu-alukan di Old Trafford."
#Manchester United #Ruud van Nistelrooy
;