Roy Keane: Ten Hag mabuk selepas perlawanan

Najmi Iman
April 8, 2024 09:14 MYT
Bekas pemain tenga Manchester United, Roy Keane, mendakwa pengendali Manchester United, Erik Ten Hag, sempat meminum segelas minuman keras sebelum memberikan kenyataan apabila ditemu ramah selepas perlawanan menentang Liverpool semalam.
Anak-anak buah Ten Hag berjaya meraih satu mata dan mungkin memenangi perlawanan sekiranya Aaron Wan-Bissaka tidak melakukan kekasaran terhadap Harvey Elliott yang membawa kepada penalti.
Keputusan itu berpotensi memberikan kesusahan buat Liverpool, yang terlepas peluang untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris. Mereka kini menduduki tempat kedua di belakang Arsenal dan hanya satu mata di depan juara bertahan Manchester City.

?️ "Listen, obviously he's had a couple of glasses of wine after the game. I don't know how strong that is, but he seemed really upbeat, and I admire him for it..." Roy Keane didn't share Erik ten Hag's upbeat response on Sunday afternoonhttps://t.co/4r9Hdct2Wn pic.twitter.com/dQ8wIIhWvV

— Mirror Football (@MirrorFootball) April 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ianya terlihat jelas bahawa dia telah meminum beberapa gelas wain selepas perlawanan," kata Roy Keane kepada Sky Sports selepas menonton temu bual Ten Hag selepas perlawanan.
"Saya tidak dapat berfikir dengan positif, atau saya yang terlalu tua dan pemarah.
"Saya tidak dapat melihat prestasi yang memberangsangkan walaupun mereka menghasilkan dua gol yang sangat bagus," katanya.
"Secara keseluruhan, Liverpool mendominasi permainan tetapi kami kekal dalam permainan," kata Ten Hag.
"Dalam saat-saat yang mendebarkan, kami kalah dalam beberapa pertarungan penguasaan. Kata Ten Hag.
#Manchester United #Liverpool #Roy Keane #Liga Perdana Inggeris