Roy Hodgson melabel Harry Kane sebagai salah seorang pemain terbai dunia dan menjangkakan ancamannya mendapatkan jaringan bakal menjadi cabaran buat Crystal Palace ketika berkunjung ke Tottenham esok.

Penyerang Spurs dan England itu telah menjaringkan 25 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, dengan berbaki empat perlawanan dalam usaha memperbaiki rekod 30 gol yang dilakukan pada musim 2017/18.

Bekas pengendali Three Lions, Hodgson, yang memberikan penampilan senior pertama kepada Kane pada 2015, memuji penyerang Tottenham itu, yang menyerlah bersama kelab London utara itu sebalik bergelut musim ini.

Pengurus Palace berkata, “Kane adalah salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak dunia dan merupakan penjaring gol yang cemerlang.

“Keperluan bertahan sebagai satu pasukan akan menjadi lebih sukar, kerana satu perkara yang anda tidak dapat melakukan adalah menghalang pergerakan Harry Kane.

“Kami perlu bertahan dengan baik. Kami perlu berusaha untuk melakukan halangan dengan cemerlang.

“Kami perlu sedar apabila dia berada di dalam dan sekitar kawasan penalti, di mana kami perlu mendekatinya dan cuba menghentikan ruang yang dia ada untuk mencipta ruang yang dia perlukan untuk melepaskan percubaan.

“Saya amat menghormati Harry Kane. Dia membuat penampilan sulung bersama England semasa saya menjadi pengurus, dan selama bertahun-tahun saya telah melihat dia berkembang dan menjadi pemain yang lebih baik hingga menghadirkan kesukaran kepada hampir semua pertahanan yang dia temui.”