Ronaldo tidak terjejas dengan prestasi semasa Juventus -- Santos
Ammar Hakim
March 24, 2021 10:36 MYT
March 24, 2021 10:36 MYT
Cristiano Ronaldo tidak terpengaruh dengan pergelutan Juventus baru-baru ini, tegas ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos.
Bianconeri tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara pada peringkat 16 terakhir oleh Porto dua minggu yang lalu, setelah seri 4-4 secara agregat setelah masa tambahan di Stadium Allianz.
Bekas pengendali Juve, Fabio Capello, memilih Ronaldo untuk dikritik, sementara bekas presiden, Giovanni Cobolli Gigli, mencadangkan kelab tidak sepatutnya berbelanja besar bagi mendaptakan penyerang itu pada 2018.
Skuad kendalian Andrea Pirlo itu bangkit daripada kekalahan tersebut dengan kemenangan 3-1 ke atas Cagliari dalam Serie A, tetapi harapan untuk menjulang Scudetto buat kali ke-10 berturut-turut tidak tercapai apabila tewas mengejut kepada Benevento.
Ronaldo, yang telah dikaitkan untuk berhijrah ke bekas kelab Real Madrid dan Manchester United, telah menyertai skuad Portugal bagi saingan kelayakan Piala Dunia bertemu Azerbaijan, Serbia dan Luxembourg.
Dan Santos berkata tidak bimbang dengan semangat pemain berusia 36 tahun itu.
Focados no primeiro jogo de qualificação! ? Vamos todos, #VamosComTudo! pic.twitter.com/LbTLeadEef
— Portugal (@selecaoportugal) March 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami selalu dekat antara satu sama lain, kawan yang sangat baik, kami tidak mempunyai hubungan pelatih-pemain," kata Santos.
"Ronaldo sememangnya mewakili kualiti yang hebat; dia selalu menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan yang besar ketika bersama pasukan.
"Dia pemain penting, mungkin yang terbaik di dunia. Saya tidak fikir dia mempunyai masalah daripada segi mental pada masa ini."