Muzaffar Musa
Fri Jan 20 2023
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.
Perlawanan hiburan di Stadium Antarabangsa King Fahd itu menyaksikan 21 percubaan tepat dihasilkan, sembilan gol dan satu layangan kad merah buat Juan Bernat manakala Neymar pula gagal menyudahkan sepakan penalti.
Selepas penampilan pertamanya bersama Al Nassr tepaksa ditangguhkan berikutan penggantungan domestik yang dibawa sewaktu mewakili Manchester United, aksi pertama Ronaldo di Riyadh adalah bersama kesebelasan gabungan yang turut dibarisi pemain dari Al Hilal.
Ia menyaksikan Ronaldo kembali bersemuka dengan seteru lamanya dan pemenang Anugerah Ballon d'Or terbanyak, Lionel Messi, buat kali pertama sejak Juventus menewaskan Barcelona 3-0 di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2020.
Messi terlebih dahulu menjaringkan gol dalam pertembungan ke-37 dua pemain legenda itu, di mana PSG sentiasa mendahului dan tuan rumah pula menyamakan kedudukan sebanyak tiga kali, tetapi Ronaldo mengatasinya daripada segi jaringan.
Neymar, Mbappe dan Messi bergandingan ketika menghasilkan jaringan pembukaan yang disudahkan Messi pada minit ketiga tetapi Ronaldo kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penaltinya selepas dikasari Keylor Navas.
PSG kehilangan Bernat, yang dilayangkan kad merah kerana terjahannya selaku pertahanan terakhir di tengah padang, tetapi mereka kembali di depan apabila Marquinhos menyudahkan umpanan Mbappe pada minit ke-43.
Neymar terlepas peluang untuk menggandakan kelebihan PSG selepas sepakan penaltinya mudah diselamatkan dan ia mengundang padah apabila Ronaldo menanduk masuk gol penyamaan tuan rumah sebelum ke bilik persalinan.
PSG jelas belum dapat memudarkan semangat lawan mereka biarpun Sergio Ramos menyelesaikan umpanan Mbappe pada minit ke-53, di mana kelebihan satu gol itu terus dipadamkan Jang Hyun-soo berselang tiga minit.
Prestasi cemerlang Mbappe akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh sepakan penalti yang disudahkannya selepas sejam permainan sebelum dia, Messi, Neymar dan Ronaldo dikeluarkan.
Tempo perlawanan kelihatan mengendur selepas itu tetapi penonton terus disajikan dengan satu lagi jaringan daripada PSG, yang dihasilkan Hugo Ekitike, selain gol lewat permainan Anderson Talisca buat Riyadh All-Stars.
Liga Super: Hatrik Bergson da Silva pacu kemenangan JDT tewaskan Terengganu
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan minggu keenam Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
SUKMA 2024: Faez Alias optimis Wilayah Persekutuan mampu beri cabaran pada Selangor, Penang
Berada dalam Kumpulan B bersama Penang dan Selangor, skuad sukma Wilayah Persekutuan sedar dengan keperluan mereka untuk tidak terlalu akur dengan kelebihan skuad Osmera Omaro.
Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT
Tonggak tengah Terengganu, Nor Hakim Hassan, memberikan jaminan akan melakukan segala yang termampu seandainya disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad peteh bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Liga Super: Hector Bidoglio mahu pemain JDT pamer aksi terbaik
Kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT), diharap dapat memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Terengganu FC bagi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan atasi Negeri Sembilan
Sabah kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas
Sabah mendahului Negeri Sembilan 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Likas ketika ini.
LWN: Kelana United janji jaga sebaiknya dua pemain Sukma sebelum serahkan kepada skuad negeri
Ketua jurulatih Kelana United, Fairuz Montana, berjanji akan memastikan dua pemain Sukma dalam pasukannya kekal dalam kondisi terbaik sebelum melepaskan mereka ke Sarawak.
Semangat patriotisme berjuang untuk negara, saya tidak dapat -- Kim Pan-gon
Bekas jurulatih negara, Kim Pan-gon, pulang ke pangkuan keluarga nya di Hong Kong hari ini pulang dengan ada rasa sebal di dada walaupun meninggalkan legasi bernilai dalam sejarah bola sepak moden tanah air.
Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memberikan dana berkala selain sebuah syarikat swasta terkemuka yang bersetuju untuk menyalurkan dana satu juta sebulan sepanjang musim ini.
Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand
Skuad muda negara layak ke separuh akhir Kejohanan ASEAN AFF B-19 selaku juara kumpulan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Thailand 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebentar tadi.
Sessegnon rejoins boyhood club Fulham after Tottenham departure
Five years after leaving Fulham to join Tottenham, Ryan Sessegnon has made a return to Craven Cottage.
Paris get Olympic Games under way with stylish opening ceremony
The 2024 Olympic Games kicked off with a sprawling opening ceremony showing off the best of Paris during the celebration.
Norris 'not comfortable' despite setting pace in Belgium practice
McLaren finished one and two in Friday's second practice, but Lando Norris is still looking for improvements before Saturday's qualifying.
Dewsbury-Hall: Maresca will surprise people at Chelsea
Kiernan Dewsbury-Hall followed Enzo Maresca to Chelsea, and he is confident the Blues can mount a challenge this year.
ECB chief insists no decision made on Mott future
ECB chief: No decision on Mott
Ederson slams reports of rift with Man City backup Ortega
Ederson insists no rift with Ortega
Slot's Liverpool success will be measured by trophies, says McAllister
Slot success measured by trophies
Nurnberg 3-0 Juventus: Motta's men thrashed in first pre-season friendly
Substitute Dusan Vlahovic missed a penalty as Juventus lost their first pre-season friendly versus Nurnberg by a 3-0 scoreline.
Jones 'happiest he's ever been' at Liverpool under Slot
Arne Slot's tenure at Liverpool is under way, and Curtis Jones feels the new manager's tactics will suit him as he aims to become a starter.
England lose late wickets to leave third Test versus West Indies in the balance
England bowled West Indies out for 282 at Edgbaston on Friday, but three late wickets – two for Jayden Seales – saw the momentum switch.