Ronaldo dalam kelas tersendiri, sumbat hatrik kedua

Ammar Hakim
February 25, 2023 22:45 MYT
Cristiano Ronaldo meledak hatrik kedua dalam tiga perlawanan aksi Liga Pro Saudi ketika membantu Al Nassr menang 3-0 ke atas Damak semalam.
Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu mendapat hatrik pada separuh masa, susulan jaringan empat golnya dua minggu lalu ketika menentang Al Wehda.
Ronaldo menyumbat gol pertama menentang Damak menerusi penalti pada minit ke-18, dihadiahkan selepas bola terkena tangan Farouk Chafai, sementara gol kedua terhasil apabila dia menampan masuk bola menggunakan kaki kiri lima minit kemudian.
Hatriknya dilengkapkan pada minit ke-44 selepas Al Nassr melakukan serangan balas, Abdulrahman Ghareeb bijak melakukan gerakan mencari Ayman Yahya.
Yahya berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun memilih untuk melepaskan bola kepada Ronaldo yang berusia 38 tahun untuk membolosi gawang.
Ronaldo menjaringkan 44 hatrik dalam karier legendanya di Madrid, menjadi penjaring terbanyak gergasi Sepanyol itu, manakala dia juga menjaringkan tiga gol dalam dua musim bersama United, dan menambah tiga hatrik semasa berkhidmat selama tiga tahun di Juventus.

The magician and his audience ? pic.twitter.com/5CkOL1paIC

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) February 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo