The Rock hubungi CM Punk di hadapan ribuan penonton Raw, Big Show terkulai di tangan Strowman

Hafiz Azwany Taher
February 21, 2017 03:10 MYT

Bintang ikonik WWE, Dwayne "The Rock" Johnson membuat penampilan istimewa di hadapan ribuan penonton di Staples Centre, sebaik sahaja acara Raw tamat bersiaran semalam.

Bekas Juara Dunia WWE sebanyak 10 kali itu hadir bagi menjalankan sesi penggambaran filem terbitan produksinya, Seven Bucks Production bersama WWE Studios berjudul Fighting With My Family yang berkisar tentang kehidupan bekas Juara Diva WWE, Paige dan keluarganya.

This is so surreal. #WWELA pic.twitter.com/Slbzerdgp8

— NoDQ.com - WWE News (@nodqdotcom) February 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The 2nd "match" with Tessa Blanchard as stunt double. #WWELA pic.twitter.com/Yt3zdiRDGu

— NoDQ.com - WWE News (@nodqdotcom) February 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selesai sahaja babak perlawanan antara Paige dan Juara Diva, AJ Lee siap dirakam, The Rock muncul dan seperti biasa, berinteraksi dengan para penonton yang ada di arena. Dalam segmen ini, The Brahma Bull telah memberi pencerahan tentang babak yang dirakam sebelum itu. Ia merupakan saat di mana Paige berjaya menewaskan AJ Lee seterusnya merampas Kejuaraan Diva WWE dalam satu episod Raw yang berlangsung pada 7 April 2014, sehari selepas acara Wrestlemania 30 berlangsung.
Oleh kerana AJ Lee merupakan isteri kepada bekas bintang WWE, CM Punk, maka para penonton terus bersorak nama bekas Juara WWE itu. Sebagai reaksi spontan kepada sorakan tersebut, Rock berkata yang CM Punk tidak terlibat dalam filem ini. Namun jika para penonton mahu, beliau akan menghubungi Punk pada waktu itu juga.
The Rock lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Punk. Malang sekali, panggilan tersebut tidak bersahut dan Rocky hanya mampu meninggalkan pesanan suara sahaja. Usaha Rock untuk menghubungi Punk melalui Facetime juga tidak membuahkan hasil.
Mengulas tentang panggilan The Rock tersebut, Punk yang kini merupakan seorang jaguh MMA membuat kenyataan melalui Twitter yang beliau ketika itu sedang membawa anjingnya, Larry bersiar-siar. Punk turut mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang berada di Los Angeles bagi meraikan segmen bersama The Rock tersebut.

I'm walking Larry. It's his birthday.

— Coach (@CMPunk) February 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thanks Los Angeles. Nice to hear from you. @STAPLESCenter

— Coach (@CMPunk) February 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sudah menjadi kelaziman buat The Rock. Menghibur dan memberikan sesuatu yang bermakna kepada semua peminat sejak dari beliau aktif di WWE lagi. Namun, laporan daripada sumber dalaman menyebut yang tindakan The Rock semalam mengundang rasa kurang senang di kalangan pihak atasan WWE.

PWInsider menyebut yang Vince McMahon dan Triple H tidak gembira dengan apa yang berlaku. Segmen itu juga dikatakan berlaku di luar pengetahuan WWE dan tidak mendapat sebarang kelulusan. Pihak produksi nyaris-nyaris diarahkan untuk menghentikan mikrofon yang dipegang The Rock.
Semua ini berpunca daripada Punk yang 'membakar jambatan' dengan WWE pada awal 2014 dengan meninggalkan syarikat itu begitu sahaja kerana dikatakan kecewa dengan pengurusan WWE yang sering mengangkat bintang-bintang separuh masa sebagai tunggak utama dalam meraih laba. Apapun, semoga segalanya akan kembali jernih seperti sediakala kerana para peminat masih terus mendambakan bintang tersebut muncul kembali walau telah bertahun beliau pergi untuk mencuba nasib dalam arena tempur MMA.
Big Show terkulai di tangan Braun Strowman
Bintang gergasi perkasa Raw, Braun Strowman membuktikan yang dirinya adalah gergasi terkuat di WWE waktu ini apabila berjaya menewaskan bintang lagenda, Big Show di perlawanan kemuncak Raw semalam.
Dengan masing-masing mencapai berat badan menghampiri 400 paun, pertembungan Big Show dan Strowman amat ditunggu-tunggu susulan Strowman tidak pernah lagi menerima tentangan daripada bintang yang mempunyai fizikal yang sama besar dengannya.
Tanpa banyak aksi atletik dan rentak yang agak perlahan, pertembungan dua gergasi ini masih lagi menyajikan corak perlawanan yang menarik. Masing-masing cuba menampilkan kekuatan fizikal dengan cubaan mengangkat dan menghempas pihak lawan.
Big Show yang kini giat menjalani aktiviti fizikal bagi menurunkan berat badannya, nyata masih berbisa dan dilihat mampu memberi saingan sengit kepada anak muda gergasi ini. Namun faktor usia meletakkan Strowman lebih terkehadapan.
Gerakan penyudah cekak banting (chokeslam) nyata tidak mampu menjadi senjata ampuh untuk melemahkan Strowman. Cubaan Big Show untuk melakukan hempapan badan dari puncak gelanggang juga tidak berjaya apabila ia ditangkis mudah oleh Strowman.
Tampak jelas sepenuh kudrat terpaksa digunakan oleh Strowman untuk mengangkat Big Show di penghujung perlawanan bagi melaksanakan gerakan penyudah hempasan bertenaga powerslam ke atas Big Show. Namun ia memberikan hasil yang diingini apabila akhirnya Big Show terkulai tidak bermaya dan hanya pasrah menerima tiga kiraan pin daripada pengadil perlawanan.
Mujur insiden gelanggang runtuh yang berlaku beberapa tahun lalu tidak berulang lagi semasa perlawanan yang melibatkan Big Show ini berlangsung.
Untuk rekod, Strowman akan menerima tentangan daripada bekas Juara Heavyweight Dunia WWE, Roman Reigns di acara WWE Fastlane pada 4 Mac ini.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 18,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

#Braun Strowman #The Rock
;