Robben bersara buat kali kedua

Ammar Hakim
July 15, 2021 22:00 MYT
Arjen Robben mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya selepas hanya setahun bersama Groningen.
Bekas legenda Bayern Munich dan Belanda, Robben, pada asalnya tela bersara pada 2019 selepas sedekad di Bavaria, menyaksikan tahun-tahun terakhirnya dalam Bundesliga dihimpit dengan masalah kecergasan.
Dia kembali beraksi pada Jun 2020 apabila menyertai Groningen, kelab di mana dia memulakan karier, dalam usaha membantu pasukan ekoran pandemik koronavirus .
Ia merupakan musim pertama dalam saingan Eredivisie sejak 2003-04, di mana dia beraksi selama dua musim bersama PSV sebelum berhijrah ke Chelsea.
Bagaimanapun, kecederaan serta masalah kecergasan menyaksikan Robben sekadar tampil enam kali dan memberikan bayangan tidak akan kembali beraksi selepas ini.
Kini ia sudah rasmi Robben mengambil keputusan mengantung kasut but buat kali kedua pada usia 37 tahun.

Beste voetbalvrienden, Ik heb besloten om te stoppen met mijn actieve voetbalcarrière. Een heel moeilijke keuze. Ik wil iedereen bedanken voor alle hartverwarmende steun! Groetjes, Arjen pic.twitter.com/aAEdxdL5tU

— Arjen Robben (@ArjenRobben) July 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arjen Robben #Groningen #Bayern Munich #Belanda